LOVE yaa

LIKE'II

Friday 21 December 2012

ruangan UTAMA » Super Junior, Kara, SISTAR & G-Dragon Sah Turun Malaysia!

Super Junior, Kara, SISTAR & G-Dragon Sah Turun Malaysia!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sebuah majlis penganugerahan, ‘Golden Disk Awards’ ke 27 bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 dan 16 Januari 2013 akan datang sempena " SAMSUNG GALAXY 27TH ” di Kuala Lumpur. Majlis berpestij ini difahamkan bakal mengundang lebih 20 buah kumpulan pop Korea (K-Pop) dan antara kumpulan yang bakal hadir adalah Girls’ Generation (SNSD), BEAST, 2NE1, Super Junior, KARA, PSY, 4 Minute serta Big Bang.
Secara umumnya majlis ’Golden Disk Awards’ ke 27 telah diadakan sejak tahun 1986 lagi dan ia merupakan majlis penganugerahan bagi memperakui prestasi yang luar biasa dari penggiat industri muzik K-Pop.
Majlis ini juga merupakan salah satu acara penghargaan yang paling berprestij di Korea Selatan dalam memberikan dorongan terhadap pertumbuhan industri muzik digital dan ‘download’.
Acara tahunan ini juga memberi perangsang kepada para pemuzik K-Pop dan memberi platform agar karya meraka lebih dihargai dan dikenali dunia. Antara nama yang disebut-sebut sebagai pengacara pada malam anugerah ini adalah Dasom, iaitu salah seorang ahli kumpulan SISTAR.
Para peminat-peminat muzik K-Pop anda boleh mendapat keterangan lanjut mengenai artis yang bertanding dan yang paling menarik, anda boleh mengundi artis K-Pop kegemaran anda di laman web yang disediakan.
Bagi peminat-peminat muzik K-Pop di Malaysia pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu artis popular dari Korea Selatan yang bakal memeriahkan  ’Golden Disk Awards’ ke 27 kali ini di Malaysia. Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM 688 dan RM 999 melalui TICKETPRO

SUMBER

CLICK LIKE when already READ my ENTRY, TQ

Comments
0 Comments

0 .: