LOVE yaa

LIKE'II

Friday 20 July 2012

ruangan UTAMA » Pemain Bolasepak Termahal Di Dunia

Pemain Bolasepak Termahal Di Dunia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pemain Bolasepak Termahal Di Dunia Zlatan Ibrahimovic. Zlatan Ibrahimovic, bekas penyerang AC Milan telah menyertai Paris Saint-Germain. Ibrahimovic merupakan pemain kedua AC Milan yang menyertai PSG selepas pemain Brazil, Thiago Silva. Yuran perpindahan Ibrahimovic ke PSG adalah di sekitar €23 juta.


pemain bolasepak termahal di dunia
Zlatan Ibrahimovic


Perpindahan kapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic ke PSG menjadikannya pemain yang termahal di dunia dari segi jumlah wang perpindahan sepanjang karier bolasepaknya sehingga kini. Sebelum ini, Ibrahimovic pernah bermain untuk Ajax, Juventus, Inter, Barcelona dan AC Milan sebelum menyertai PSG.

Senarai pemain bolasepak termahal di dunia (Berdasarkan jumlah yuran perpindahan sepanjang karier)
Zlatan Ibrahimovic €171.1 million
Nicolas Anelka €134 million
Hernan Crespo €121million
Juan Veron €117 million
C. Ronaldo €100.9 million
Fernando Torres €96,5million
Christian Vieri €87,5million
Robinho €85million
Zinedine Zidane €84million
Christiano Ronaldo masih lagi kekal sebagai pemain bolasepak termahal di dunia dengan €94 million dari Manchester United ke Real Madrid. Walaubagaimanapun, Christiano Ronaldo berada di kedudukan ke-5 jika dikira total yuran perpindahan sepanjang kariernya. Ini disebabkan dia hanya pernah berpindah sebanyak 2 kali sahaja iaitu ke Manchester United dan Real Madrid.

SUMBER

CLICK LIKE when already READ my ENTRY, TQ

Comments
0 Comments

0 .: