LOVE yaa

LIKE'II

Tuesday 24 January 2012

ruangan UTAMA » Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya

ASSALAMUALAIKUM blogger


Perempuan : Awak.. Kenapa awak tak pernah ajak saya tengok wayang atau keluar jalan-jalan macam pasangan lain? 

Lelaki : Saje.. 

Perempuan : Saje ke atau awak malu nak keluar dengan saya?

Lelaki : Mana ada..

Perempuan : Kenapa kita tak pernah gayut malam-malam macam pasangan lain?

Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit..

Perempuan : Sampai hati awak kan? Kenape ye kawan saya panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat-ayat kekasihnya..

Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..

Lelaki : Saya tak pernah ajak awak keluar tengok wayang dan jalan-jalan sebab nanti bila kita dah kahwin, awak takkan rasa boring nak keluuar dengan saya dan saya nak saat tu nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya.. Lagipun, bukan ke tak
elok kalau keluar berdua-duaan? Macam-macam boleh terjadi kan? Saya tak nak gayut dengn awak malam-malam bukan sebab
saya nak save kredit ke apa tapi saya tak nak diri saya hanyut dengar suara merdu awak.. Biarlah saya
mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya akan lebih menghargainya.. Saya tak panggil awak sayang bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awak takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Saya sangat mencintai awak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata "Terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu..
Ya Allah, satukanlah kami dalam ikatan yang sah".

CLICK LIKE when already READ my ENTRY, TQ

Comments
0 Comments

0 .: