LOVE yaa

LIKE'II

Friday, 23 December 2011

ruangan UTAMA » PERKAHWINAN artis

PERKAHWINAN artis

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA .
RINDU kat BLOG ni tak ? hehe
Haa , RINDU ! ! !
Kalau RINDU , teruskan baca ENTRY ' SHAFYQ ' yang tak seberapa ni ya :)


1. Norman Hakim & Memey Suhaiza
Pasangan kontroversi ini boleh dikatakan bertuah kerana hari bersejarah mereka telah ditaja sebanyak RM12 juta! Walaupun ramai yang mengutuk majlis bertemakan ‘New York’ ini, namun pasangan ini tidak kisah kerana menganggap itu rezeki mereka.
Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Majlis resepsi mewah bernilai RM12 juta mereka pula berlangsung di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September 2011. Pada majlis tersebut, Memey mengenakan dua persalinan yang bertatahkan mutiara yang dianggarkan bernilai RM500,000 sepasang.
Memey juga memakai dua pasang kasut rekaan pereka kasut terkenal dunia, Prof Datuk Jimmy Choo yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang. Selain itu, Rafflesia turut menaja dua set barang kemas yang meliputi anting-anting, cincin, rantai leher dan tiara yang bernilai RM2.8 juta setiap satu. Menariknya, busana dan aksesori yang dipakai oleh mereka turut dipamerkan di Muzium Negara untuk tatapan umum.




2. Noh Hujan & Mizz Nina
Dek kerana minat yang mendalam terhadap anime, muzik, makanan atau apa saja yang berkaitan dengan Jepun, pasangan ini sepakat memilih tema Jepun untuk majlis perkahwinan mereka. Majlis resepsi yang diadakan khas untuk para media dan rakan-rakan terdekat mereka ini berlangsung dengan penuh meriah di Hotel DoubleTree by Hilton pada 6 Julai 2011.
Dari pelamin, pakaian, dekorasi dewan dan makanan, semuanya menerapkan elemen Jepun. Nina dan Noh tampak anggun serta tampan mengenakan busana rona emas rekaan Michael Ong. Busana pengantin yang digayakan cukup menarik kerana ia menampilkan kombinasi Melayu dan Jepun.




3. Nabil & Nazirah
Selepas diijabkabulkan pada 30 September lalu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, pasangan merpati dua sejoli, Ahmad Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub diraikan pula dalam satu majlis resepsi berkonsep terbuka. Memilih tema ‘Wonderland’, majlis resepsi pasangan ini telah diadakan dengan penuh meriah di i-City, Shah Alam pada 2 Oktober 2011.
Pemilihan lokasi menimbulkan suasana yang cukup romantik dan istimewa di mana majlis tersebut dilimpahi dengan cahaya lampu-lampu di i-City. Masih segar di ingatan , di mana majlis yang menelan belanja sebanyak RM177,000 ini bagai diserbu apabila lebih 6,000 orang tetamu hadir, melebihi jumlah jemputan asal iaitu 3,000 orang.
Ekoran itu, ramai tetamu yang terpaksa berdiri dan tidak dapat menjamu makanan kerana makanan yang disediakan tidak mencukupi. Walaubagaimanpun, majlis tersebut tetap menjadi memori yang terindah buat pasangan pengantin kerana mereka tidak pernah menjangkakan hari bahagia mereka akan berlangsung dengan penuh meriah.




4. Fazreen Rafi & Syarifah Marlina
Perkahwinan pelakon yang popular menerusi drama Spa Q, Mohd Fazren Rafi dengan Sharifah Marlina Ashikin Syed Hasan cukup unik. Dalam pada pasangan sekarang memilih konsep perkahwinan dalam taman mahupun bercirikan moden, Fazren dan pasangannya lebih gemar menerapkan ciri-ciri tradisional dalam majlis persandingan mereka.
Pada majlis yang berlangsung di Dewan Buloh Inn, Wisma PKPS Shah Alam, 7 Mei lalu, pasangan ini memilih konsep kenduri kahwin bercirikan tradisonal Melayu dan ala-ala kampung. Busana berona emas yang digayakan mereka juga unik, ala-ala perkahwinan zaman dulu. Lebih menarik, majlis mereka turut diserikan dengan acara joget lambak dan menabur duit syiling kepada kanak-kanak. Majlis resepsi ini bukan saja meninggalkan kenangan kepada pengantin, malah juga kepada tetamu yang hadir.




5. Tomok & Ayu
Bertemakan "Baby Yellow", pasangan mempelai, Shah Indrawan Ismail (Tomok) dan Siti Rahayu Abas (Ayu) telah diijabkabulkan dalam satu majlis yang cukup indah di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat pada 1 Julai lalu. Pasangan ini kemudiannya mengadakan majlis resepsi di sebelah pihak perempuan pada keesokan harinya di mana Tomok dan Ayu anggun mengenakan persalinan berwarna ungu.

CLICK LIKE when already READ my ENTRY, TQ

Comments
2 Comments

2 .:

Nur Ezzati said...

wah , suke lh entry nyh :)
klau sudi singgah sini :)
http://sayatakcute.blogspot.com/

ainol akasyah said...

untung la jadi artis kadang2 kawen pun ade org nak taja walau bakat diorang tah ke mane tah