LOVE yaa

LIKE'II

Monday 12 December 2011

ruangan UTAMA » lelaki BERTINDIK

lelaki BERTINDIK

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA .
RINDU kat BLOG ni tak ? hehe
Haa , RINDU ! ! !
Kalau RINDU , teruskan baca ENTRY ' SHAFYQ ' yang tak seberapa ni ya :)


1. Bertindik adalah amalan khas bagi wanita dengan tujuan perhiasan. Disebut dalam beberapa hadis bahawa ada kalangan wanita sahabiyyat yang memakai anting-anting di telinga.


Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: ku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal . Direkod oleh Bukhari (no: 4951).



Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).


Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram.


2. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.



Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim .

CLICK LIKE when already READ my ENTRY, TQ

Comments
0 Comments

0 .: