LOVE yaa

LIKE'II

Tuesday, 13 December 2011

ruangan UTAMA » FILEM PALING KONTROVERSI 2011

FILEM PALING KONTROVERSI 2011

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA .
RINDU kat BLOG ni tak ? hehe 
Haa , RINDU ! ! !
Kalau RINDU , teruskan baca ENTRY ' SHAFYQ ' yang tak seberapa ni ya :)



...Dalam Botol


Seawal diumumkan pembikinan filem ini telah mencetuskan kontroversi kerana isu yang dipaparkan cukup asing di mata penonton filem tempatan. Filem arahan Khir Rahman itu memaparkan isu penukaran jantina dan kaum transeksual serta bagaimana isu tersebut dimanipulasikan untuk merakam sebuah perjalanan hidup Rubin, lakonan Arja Lee.
Agensi berita antarabangsa turut melabelkan filem tersebut sebagai filem homoseksual yang pertama di Malaysia. Lebih menggemparkan apabila filem ini dikatakan memaparkan adegan bogel yang melibatkan pelakon utama filem tersebut, Arja Lee. Pengakuan Arja Lee turut mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuk pihak ilmuan agama dan universiti.
Namun setelah filem itu ditayangkan, rata-rata pengkritik memuji filem tersebut yang dianggap memberikan sesuatu yang berlainan dalam industri perfileman tempatan. Gaya arahan Khir turut mendapat pujian, begitu juga dengan lakonan Diana Danielle, Normah Damanhuri dan Fauziah Datuk Ahmad Daud .
Tidak terhenti di situ, di majlis Anugerah Festival Filem Malaysia ke 24 yang berlangsung November lalu, Khir Rahman gagal meraih trofi Pengarah Harapan di majlis penganugerah perfileman tempatan. Secara tidak langsung telah meledakkan kemarahan penerbitnya, Raja Azmi yang mengamuk di majlis tersebut.






Hantu Bonceng

Filem Hantu Bonceng hebat diperkatakan ramai kerana isu dialog yang mempermainkan agama oleh pelakon utama filem tersebut, Zizan. Dalam filem tersebut Zizan dikatakan mengucap kalimah Syahadah tetapi tidak dihabiskan seperti yang dinyatakan oleh blogger yang tidak dikenali. Pelbagai pihak mula bersuara walaupun setelah dua minggu filem tersebut ditayangkan kepada umum.
Pengarah filem itu, Ahmad Idham tidak cepat melatah sebaliknya enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu tersebut kerana baginya komen yang ditulis oleh blogger tersebut tidak berasas. Pandangannya turut disokong beberapa cerdik pandai agama yang turut mempertahankan motif dialog tersebut. Ini termasuk Imam Muda Asyraf.
Hantu Bonceng walaupun didesak kontroversi  berjaya mengumpul RM8.53juta di pawagam antara filem yang berjaya di box-office selain Khurafat, Kongsi dan KL Gangster. Pelakon filem tersebut, Taiyudin Bakar turut berjaya meraih trofi Pelakon Harapan Lelaki di FFM24.







Klip 3GP

Ganas, gerun & ghairah itulah tagline yang dipromosikan oleh filem Klip 3GP yang hangat diperkatakan ramai. Lebih menghangatkan apabila filem tersebut memaparkan aksi lucah pelakon filem tersebut, Mimi One Nation Emcees. Dek kerana adegan tersebut, hubungan Mimie dan kekasihnya, Jojo dikatakan renggang. Timbul rasa bersalah di hati pengarah filem itu, Aidil Fitri Mohamed Yunos.
Filem ini lebih kecoh diperkatakan ramai kerana adegan seksual yang melibatkan para pelakonnya. Masih tercari-cari genre yang paling tepat untuk menggambarkan filem ini kerana mahu dikatakan filem seram ia sesuatu yang tidak kena, filem lucah juga tidak kena.
Namun demikian, di sebalik kontroversi yang melanda, pelakon Mimi berjaya menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Harapan Wanita di FFM24 baru-baru ini kerana lakonannya cukup berkesan.

SUMBER : GUA.COM.MY

CLICK LIKE when already READ my ENTRY, TQ

Comments
2 Comments

2 .:

...Nadz Fisol... said...

jum jenguk blog saye nadzfisol.blogspot.com

Anyyss Shuhaimi said...

pernah tengok cite hantu bonceng jek..lagi 2 cite tuh,tak minat!