LOVE yaa

LIKE'II

Saturday 17 December 2011

ruangan UTAMA » FESYEN ARTIS terBURUK

FESYEN ARTIS terBURUK

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA .
RINDU kat BLOG ni tak ? hehe
Haa , RINDU ! ! !
Kalau RINDU , teruskan baca ENTRY ' SHAFYQ ' yang tak seberapa ni ya :)

1) Miera Lieyana
Teman wanita Shah Jazsle ini membuatkan banyak mata terbeliak ketika dia menghadiri Malam Gala Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 anjuran Rafflesia Mandalay pada Mac lalu. Apa tidaknya, gaun rekaan Wan Huzairil ini jelas mendedahkan bahagian sisi payudaranya. Malah, turut kelihatan alas payudara yang dipakai oleh Miera. Apabila ditanya tentang pakaiannya itu, Miera mengatakan dia memilih gaun itu untuk tampil berbeza. Bahkan, pelakon berusia 18 tahun ini dengan selamba berkata, nampak sedikit sahaja.



2) Fasha Sandha
Nampaknya Fasha Sandha melakukan kesilapan besar dalam berpakaian pada tahun ini. Selepas sunyi daripada sebarang gosip panas buat seketika, ratu drama bersiri ini mencipta kontroversi apabila dia tampil separuh terdedah dalam majlis pelancaran Majalah Lisa pada 10 November lalu. Daya penarik gaun ini hanya terletak pada bahagian belakangnya yang terdedah sehingga ke pinggang. Mungkin Fasha terlalu memuja bentuk badannya sendiri! Kalau diamati betul-betul, Fasha sebenarnya kelihatan berisi dalam gaun ini!



3) Amanda Amani
Pada acara karpet merah Anugerah Skrin 2011 lalu, penyanyi sedang meningkat naik ini tampil santai dengan gaun pendek berwarna kelabu. Sudahlah tidak mengikut tema ‘Golden Glamour’, pakaian yang digayakan oleh Amanda ini memang tidak layak dibawa ke acara karpet merah. Memanglah acara itu bukan untuk golongan penyanyi, tetapi tiada salahnya kalau Amanda tampil lebih bergaya. Gaun kelabu ini membuatkan Amanda kelihatan lebih berisi.



4) Nor Syuhada
Gaun dan fesyen rambut yang digayakan oleh Dottie untuk acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 pada Mac lalu memang menyakitkan mata kerana tidak cocok dengan personalitinya. Malah, penampilannya nampak suram kerana warna pakaian yang tidak menyerlah.  Malah, motif bunga-bungaan pada gaun ini membuatkan Dottie kelihatan sarat. Sudahlah begitu, fesyen rambut yang digayakan juga nampak pelik. Senang cakap, macam sarang tebuan. Nampaknya, masih banyak yang perlu Dottie pelajari dalam berpakaian.



5) Allana Amir
Anda kenal dengan pelakon ini? Allana adalah pelakon yang membintangi drama bersiri Ahmad Albob Yang Punya yang disiarkan di TV3 pada Mei lalu. Dalam drama ini, Allana membawakan watak Ayu Raihana, seorang gadis yang sering dibuli. Jadi, mengapa Allana termasuk dalam senarai ini? Cuba lihat penampilan Allana ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Skrin 2011 pada 4 November lalu. Selain potongannya yang gedoboh,  baju ini juga tidak ada sebarang perincian yang menyerlah. Terlalu polos sehingga kehadiran Allana kurang disedari.

SUMBER : GUA.COM.MY

CLICK LIKE when already READ my ENTRY, TQ

Comments
2 Comments

2 .:

o.O said...

apa aku nk komen sal artis ni:
Miera Lieyana: aku de baca sal issue ni gk sblum ni.. dia tu mmg cntik.. tp jgn ingt dia nmpk kn sdikit breast dia akn nmpk dia lg cntik.. sjujurnya nmpk dia huduh..
Fasha Sanda: xpayah tgk btul2 pn da nmpak dia buruk dlm gaun tu.. xcantik lgsung la.. dia nmpak gmuk..dia da cntik.. kai bju yg btutup pn ttap akn nmpk cntik..
Amanda Amani:simple giler.. mcm bukn gi red carpet.. mcm nk gi jln2 ke mall je.. err.. mgkin dia xde bajet kowt.. xde ke org nk sponsor dia..
Nor syuhada: totally freak..!
Allana Amir: dia memang lawa.. tp bju tu bsar la.. da mcm kai guni..

sowi to say.. mgkin aku ckap kasar.. tp think positive ok~

Dominasi Lelaki said...

minat giler kat fasha tp dlm busana tu agk xbape kene ngn die..tapi ape2pon yg dipakai oleh fasha akn mnjadi perhatian.. suke fasha... ape2pon fasha akn nmpak lagi cantik mengenakan baju kurung & dress bese..