LOVE yaa

LIKE'II

Monday 3 October 2011

ruangan UTAMA » PMR 2011

PMR 2011



Saya sebagai bekas calon PMR 2010 SMKSKP2 ingin mengucapkan selamat menjawab PMR pada hari esok iaitu ( SELASA ) dengan bersungguh-sungguh kepada semua calon-2 PMR 2011 .

Saya ingin berkongsi beberapa tips menjawab PMR dengan berkesan :

-> Baca soalan lebih daripada sekali dan fahamkan soalan betul-betul. Tandakan kehendak soalan dan kata kuci penting. 
- > Menjawab soalan peperiksaan ni ibarat menyusun puzzle. Semuanya perlu berada pada tempat yang betul , kalau tak betul maknanya keputusan kita nanti pun tak berapa nak betul la kan. Dan pastikan mulakan menjawab dengan kalimah Basmallah.
->Jangan meniru dalam peperiksaan Kalau tertangkap boleh dikenakan tindakan tataterbib . Jadi jujurlah pada diri anda sendiri
-> Percaya dengan diri sendiri yang anda mampu lakukan dan lakukan yang terbaik . Setelah berusaha letakkan diri anda pada TUHAN . Dialah yang  memberi selayaknya dengan usaha kita. Kalau Dia tak memberi mungkin kerana Dia mahu menguji supaya kita lebih dekat padanya.
-> Jangan serabutkan minda dan hati anda. Mohonlah pada TUHAN . Doa dan usaha merupakan penentu kejayaan. 
-> Jagalah hubungan dengan TIGA...

T = Tuhan
I = Ibu Bapa
G =  Guru
A = Al-Quran

TIGA ini yang akan membawa kita ke syurga jika kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan TIGA ini . Kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan esok didoakan dapat menjawab exam dengan baik . Dapatkanlah result yang gempak agar ibubapa , cikgu & rakan anda bangga dengan kejayaan anda .


CLICK LIKE when already READ my ENTRY, TQ

Comments
0 Comments

0 .: